Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENJAWAT AWAM DIREMAN TUJUH HARI BANTU SIASATAN PEMBUNUHAN NUR FARAH

DALAM NEGARA

PENJAWAT AWAM DIREMAN TUJUH HARI BANTU SIASATAN PEMBUNUHAN NUR FARAH

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan semalam dilaporkan berkata mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan kira-kira 6 petang di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Menurut Hussein susulan itu pihaknya telah menahan teman lelaki wanita berkenaan bagi membantu siasatan.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Sarawak dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slek hitam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading