NURUL AIN, SUAMI TERUS BERSEMANGAT BERI BANTUAN KEPADA RAKYAT PALESTIN
Walaupun proses pemberian bantuan kepada rakyat Palestin sukar, namun beliau bersama suaminya Mohamed A. M. Shaat, 33, yang merupakan warga Palestin akan terus memberi bantuan kewangan kepada abang iparnya yang masih berjuang di sana.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang sebelum ini terkandas di Palestin, akan terus memberi bantuan kepada rakyat negara itu meskipun sudah kembali ke tanah air.
Nurul Ain, 37, yang bekerja sebagai pembantu doktor gigi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata walaupun proses pemberian bantuan kepada rakyat Palestin sukar, namun beliau bersama suaminya Mohamed A. M. Shaat, 33, yang merupakan warga Palestin akan terus memberi bantuan kewangan kepada abang iparnya yang masih berjuang di sana.
“Sekarang ini bantuan yang sedia ada itu memang susah untuk masuk dan satunya cara untuk masuk (bantuan) ialah melalui sempadan Rafah, jadi saya dan suami di sini bercadang untuk tidak beri barangan yang sedia ada, tetapi memberi bantuan secara wang tunai,” katanya ketika berdialog untuk media tempatan bertajuk Gaza Dihatiku di Surau Al-Mukarammah, hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa bantuan barangan sedia ada seperti makanan akan mula rosak, susulan tempoh mendapat kelulusan kemasukan yang lama dan juga pendedahan terhadap cuaca di sana.
Nurul Ain berkata dengan pemberian bantuan dalam bentuk wang, dapat memberi alternatif lain untuk membantu rakyat Palestin itu.
Nurul Ain berkata bantuan kewangan tersebut adalah lebih baik baginya secara peribadi, selain beliau tetap menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk teruskan memberi bantuan dalam pelbagai bentuk kepada rakyat di sana.
“Pada pandangan saya, pada NGO di luar sana yang mungkin, saya tak boleh kata tak boleh masuk ada kemungkinan mereka dapat masuk dan salurkan bantuan makanan silakan, tetapi bagi saya sendiri perkara itu sukar untuk kerana saya buat secara peribadi, jadi apa yang saya boleh buat ialah dengan tunai,” katanya.
Pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt telah meningkat kepada 11,500 orang, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita.
Nurul Ain bersama suaminya dibawa keluar dari Gaza melalui sempadan Rafah di Mesir, tiba di tanah air dengan penerbangan Qatar Airways dari Doha, Qatar, pada 14 Nov lepas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked