Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGARAH HOSPITAL AL-WAFA GAZA TERBUNUH DALAM SERANGAN UDARA ISRAEL

DUNIA

PENGARAH HOSPITAL AL-WAFA GAZA TERBUNUH DALAM SERANGAN UDARA ISRAEL

Pengarah Hospital Al-Wafa dan Rumah Penjagaan Warga Emas di Bandaraya Gaza terbunuh dalam serangan udara Israel pada Jumaat malam, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

GAZA: Pengarah Hospital Al-Wafa dan Rumah Penjagaan Warga Emas di Bandaraya Gaza terbunuh dalam serangan udara Israel pada Jumaat malam, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Sumber tempatan berkata pesawat pejuang tentera pencerobohan Israel menyasarkan hospital itu, menyebabkan pengarahnya Midhad Mhaisen terbunuh dan beberapa doktor cedera.

WAFA melaporkan bahawa pesawat pejuang Israel melancarkan beberapa siri serangan ganas dari udara ke atas beberapa kawasan di utara Semenanjung Gaza yang dikepung.

Sumber tempatan berkata serangan menyasarkan beberapa kawasan di kem pelarian Jabalia, rumah orang awam di Beit Lahia, sekitar menara kediaman di Kota Sheikh Zayed Gaza dan sekitar hospital Indonesia.

Serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza memasuki hari ke-43 pada Sabtu dengan angka terkini menunjukkan lebih 12,000 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lebih 8,300 wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 30,000 lagi cedera.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading