SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA MASUK HARI KE-43, 12,000 RAKYAT PALESTIN TERBUNUH
Serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza memasuki hari ke-43 pada Sabtu, dengan angka terkini menunjukkan lebih 12,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 8,300 wanita dan kanak-kanak.
ANKARA: Serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza memasuki hari ke-43 pada Sabtu, dengan angka terkini menunjukkan lebih 12,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 8,300 wanita dan kanak-kanak.
Selain itu, lebih 30,000 yang lain cedera, lapor Agensi Anadolu.
Sekatan Israel juga mengakibatkan bekalan bahan api, elektrik dan air terputus selain mengurangkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
“Orang awam yang tidak bersalah, termasuk beribu-ribu kanak-kanak, telah meninggal dunia dalam sejak minggu lalu,” kata ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell kepada Menteri Luar Israel Eli Cohen.
Israel menduduki Kompleks Perubatan Al-Shifa atas dakwaan ibu pejabat utama Hamas berada di bawah bangunan hospital itu. Tetapi selain senjata berkarat dan beberapa kamera yang didakwa ditemuinya di kemudahan itu, Israel tidak mengemukakan sebarang bukti bagi dakwaannya, sekali gus mencetuskan kritikan.
Pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan Israel melakukan “pembunuhan beramai-ramai” dengan pencabulan serius terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki berkata Gaza telah berubah daripada penjara terbuka terbesar di dunia kepada tanah perkuburan terbuka terbesar disebabkan sekatan berterusan Israel dan serangan berterusannya.
Perdana Menteri Palestin Mohammed Shtayyeh berkata rakyat Palestin tidak akan menerima percubaan Israel untuk menduduki Gaza atau memisahkannya daripada Tebing Barat.
Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan bahawa kereta kebal Israel mengepung Hospital Al-Ahli Baptist di utara Gaza dan pasukan itu tidak dapat memberi bantuan kecemasan kepada penduduk yang cedera di kawasan berkenaan.
Terdapat berpuluh-puluh kematian dan kecederaan akibat serangan udara Israel pada Jumaat yang menyasarkan bahagian tengah dan selatan Gaza.
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri di Gaza, helikopter dan pesawat tentera Israel menyerang rumah-rumah di Khan Younis dan Rafah di selatan Gaza.
Kerajaan di Gaza mengumumkan bahawa lebih 7,000 penduduk yang mencari perlindungan, pesakit dan kakitangan perubatan di Hospital Al-Shifa yang dikepung oleh Israel berdepan kematian kerana kekurangan air dan makanan.
“Tiada air, makanan atau susu untuk kanak-kanak di Hospital Al-Shifa yang menempatkan 650 pesakit dan kira-kira 7,000 orang yang kehilangan tempat tinggal,” kata pejabat media kerajaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Tentera Israel menyerbu bandar Jenin dan kem pelariannya di utara Tebing Barat dengan berpuluh-puluh kenderaan tentera, menurut Agensi Berita Palestin WAFA.
Dalam serangan yang dilancarkan tentera Israel ke kem pelarian Jenin, tiga orang penduduk Palestin terbunuh manakala sembilan lagi cedera.
Sekatan berterusan oleh polis Israel di sekitar kompleks Al-Aqsa menghalang rakyat Palestin daripada menunaikan solat Jumaat di masjid itu.
Tentera Israel juga menahan 47 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki.
“Tentera Israel meneruskan serbuan dan menahan rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
“Jumlah rakyat Palestin yang ditahan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak 7 Okt mencecah 2,800 orang,” kata Kelab Tahanan Palestin.
Pusat Statistik Palestin berkata masih terdapat 807,000 rakyat Palestin yang tidak meninggalkan kediaman mereka di Gaza dan bandar-bandar di Utara Gaza, yang terdedah kepada serangan berterusan tentera Israel.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests