Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OIC KUTUK PENCEROBOHAN BEN-GVIR DI KOMPLEKS AL-AQSA

DUNIA

OIC KUTUK PENCEROBOHAN BEN-GVIR DI KOMPLEKS AL-AQSA

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel berhaluan kanan keras Itamar Ben-Gvir menceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa bersama kumpulan pendatang Israel dengan perlindungan tentera Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Sumber: WAFA

JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel berhaluan kanan keras Itamar Ben-Gvir menceroboh pekarangan Masjid Al-Aqsa bersama kumpulan pendatang Israel dengan perlindungan tentera Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan, OIC mengecam tindakan mengibarkan bendera Israel dan melakukan ritual provokatif di dalam kompleks masjid itu, sambil menyifatkannya sebagai serangan terang-terangan serta provokasi sengaja terhadap perasaan umat Islam di seluruh dunia.

OIC menegaskan semula pendiriannya bahawa Israel sebagai kuasa penjajah, tidak mempunyai kedaulatan ke atas wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, termasuk Baitulmuqaddis Timur serta tempat suci di wilayah itu.

Pertubuhan itu menegaskan semua langkah dan tindakan Israel di Baitulmuqaddis adalah terbatal dan tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.

OIC turut menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas akibat pelanggaran berterusan di tapak suci itu dan sekali lagi menggesa masyarakat antarabangsa bertindak menghentikan usaha mengubah status geografi, demografi, sejarah dan undang-undang Baitulmuqaddis yang diduduki, khususnya membabitkan Masjid Al-Aqsa.

Kenyataan itu memberi amaran bahawa tindakan sedemikian berisiko mencetuskan lebih banyak keganasan, ketegangan dan ketidakstabilan di rantau itu serta di luar kawasan berkenaan.

—BERNAMA-WAFA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading