Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OP GLOBAL: PERKAHWINAN TIDAK BERDAFTAR, SEBAHAGIAN KANAK-KANAK RUMAH AMAL DI ‘BIN’ KAN ABDULLAH

DALAM NEGARA

OP GLOBAL: PERKAHWINAN TIDAK BERDAFTAR, SEBAHAGIAN KANAK-KANAK RUMAH AMAL DI ‘BIN’ KAN ABDULLAH

Tan Sri Razarudin mengesahkan bahawa sebahagian besar ibu bapa kepada 392 kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) sudah dikenal pasti. Bagaimanapun, kesemua ibu bapa tersebut masih belum tampil untuk diambil keterangan.

Tan Sri Razaruddin Husain

–fotoBERNAMA

Sebahagian kanak-kanak yang diselamatkan dari 20 rumah amal dalam Op Global baru-baru ini, di ‘bin’ kan dengan Abdullah kerana  status perkahwinan ahli sebelum ini tidak didaftarkan di pejabat agama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, terdapat juga ibu bapa yang tidak mengakui anak mereka memandangkan pihak pengurusan GISBH mendakwa mereka adalah anak yatim.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin mengesahkan bahawa sebahagian besar ibu bapa kepada 392 kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) sudah dikenal pasti. Bagaimanapun, kesemua ibu bapa tersebut masih belum tampil untuk diambil keterangan.

“Kebanyakannya anak-anak ini adalah anak ahli yg tidak tahu bahawa anak yang telah diselamatkan. Mungkin juga diorang tidak mahu tampil kepada kita untuk mengaku ini anak-anak mereka disebabkan GISBH mengaku bahawa anak-anak ini anak-anak yatim”, katanya.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata daripada keseluruhan 402 kanak-kanak diselamatkan pada 11 September lalu, hanya 392 kanak-kanak ditempatkan di PULAPOL dan daripada jumlah itu, 149 orang mangsa kanak-kanak berumur satu tahun hingga 10 tahun diberikan perintah jagaan sementara.

“Perintah jagaan sementara itu diselia oleh JKM di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001 dan telah dipindahkan ke empat pusat perlindungan,” katanya.

Ditanya mengenai proses pemulangan semula anak-anak yang diselamatkan sekiranya dituntut oleh ibu bapa, Razarudin berkata terdapat dua fasa saringan yang perlu dijalankan terlebih dahulu.

“Pertama, pihak polis akan merujuk ke pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekiranya kanak-kanak itu mempunyai kad pengenalan atau MyKid untuk memastikan ibu bapa itu adalah penjaga sah. Peringkat kedua pula merangkumi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selain membuat siasatan lanjut mengenai kemampuan ibu bapa itu untuk menjaga kanak-kanak tersebut” katanya. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading