Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

STATUS PENGLIBATAN GISBH DALAM AJARAN MENYELEWENG AKAN DIPUTUSKAN JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR

DALAM NEGARA

STATUS PENGLIBATAN GISBH DALAM AJARAN MENYELEWENG AKAN DIPUTUSKAN JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR

MAIS telah mengarahkan agar semua hasil kajian dan perbincangan yang dibuat sebelum ini  dikemukakan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Persoalan berhubung penglibatan GISBH dalam penyebaran dan amalan ajaran yang menyeleweng akan diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dengan segera.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, MAIS telah mengarahkan agar semua hasil kajian dan perbincangan yang dibuat sebelum ini  dikemukakan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Jelas beliau,  kajian berhubung amalan ajaran Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) telah dimulakan MAIS  sejak dari tahun 2020.

“Perkara ini juga telah dibincangkan secara serius dalam beberapa siri perbincangan dan mesyuarat di peringkat jawatankuasa MAIS sebelum berita berhubung dengan tangkapan dan siasatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap penghuni di beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat GISBH menjadi tular baru-baru ini”, katanya dalam satu kenyataan.

Hasil kajian tersebut juga katanya turut merangkumi isu penglibatan GISBH dalam ajaran Kumpulan Al-Arqam dan rangkaiannya yang telah diharamkan menurut fatwa yang telah diwartakan di Negeri Selangor pada 4 Februari 1993, 11 Ogos 1994 dan  21 Disember 2006.

“Tindakan ini dibuat selaras dengan seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003”.

MAIS juga menegaskan bahawa MAIS dan semua agensi hal ehwal Islam di Negeri Selangor sama sekali  tidak berkompromi dengan GISBH atau rangkaiannya atau mana-mana pihak lain yang terlibat dengan kesalahan akidah .

Tambah MAIS, gerakan bersepadu antara semua agensi berkaitan akan diperhebat untuk memastikan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan jenayah tersebut mengikut undang-undang yang berkuat kuasa – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading