OP GLOBAL: TERDAPAT UNSUR PENDERAAN FIZIKAL, EMOSI TERHADAP MANGSA – KPN
Polis turut mengesan elemen buruh dan eksploitasi kanak-kanak dengan mereka yang berumur bawah 18 tahun dipaksa bekerja menjual barang. Siasatan polis juga mendapati terdapat unsur pengabaian kanak-kanak berlaku selain menghadapi masalah kekurangan zat makanan
KUALA LUMPUR: Hasil ujian saringan kesihatan terhadap 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) menerusi Ops Global mendapati terdapat unsur penderaan fizikal dan emosi terhadap mangsa.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ujian saringan kesihatan melibatkan 202 kanak-kanak lelaki dan 190 kanak-kanak perempuan selesai dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semalam dan ia memerlukan penilaian lanjut terutama berkaitan kesihatan emosi kesemua mangsa yang diselamatkan.
“Elemen jenayah pertama yang kita kesan berlaku kepada mangsa, ialah penderaan fizikal dan emosi seperti mana kita maklum terdapat video tular di media sosial menunjukkan mangsa dipukul, disebat dan ditekan dadanya serta pengantunan kanak-kanak.
“Selain itu, terdapat juga elemen buruh dan eksploitasi kanak-kanak dengan mereka yang berumur bawah 18 tahun dipaksa bekerja menjual barang. Siasatan polis juga mendapati terdapat unsur pengabaian kanak-kanak berlaku selain menghadapi masalah kekurangan zat makanan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung perkembangan Op Global yang diadakan di Mess Pegawai Kanan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. Turut sama pada sidang media berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, Pakar Perunding Kecemasan Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Noorzilawati Ahmad dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wan Noraidah Wan Mohd Zain.
Mengenai kebajikan mangsa, Razarudin berkata sebanyak 149 mangsa kanak-kanak berumur satu hingga 10 tahun telah diberikan perintah jagaan sementara oleh JKM.
“Perintah jagaan sementara ini mengikut Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan mereka telah dipindahkan di empat tempat perlindungan selamat manakala baki 243 orang masih ditempatkan di Pulapol Kuala Lumpur dan akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara secara berperingkat,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata polis membekukan 96 akaun milik syarikat GISB yang telah dikenal pasti mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.
“Akaun yang kita bekukan melibatkan nilai RM581,552.31 dan empat akaun dikenakan perintah untuk ditutup. Selain itu, polis turut menyita lapan buah kenderaan milik syarikat tersebut,” katanya – Alhijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager