Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KKM KESAN SATU KES POSITIF MPOX – KP KESIHATAN

DALAM NEGARA

KKM KESAN SATU KES POSITIF MPOX – KP KESIHATAN

Individu yang sedang dalam isolasi itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul dan kini berada dalam keadaan stabil.

PUTRAJAYA: Satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II dikesan di negara ini semalam melibatkan seorang lelaki warga tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kes berkenaan dikesan daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini.

Beliau berkata pesakit berkenaan mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 Sept lepas manakala ruam mula muncul pada 12 Sept.

Dr Muhammad Radzi berkata individu yang sedang dalam isolasi itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sejak 26 Julai 2023, terdapat 10 kes mpox yang direkodkan di negara ini adalah dari varian clade II sahaja.

Menurut Dr Muhammad Radzi, bilik gerakan mpox yang diaktifkan pada 16 Ogos lepas di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan sentiasa memantau situasi mpox serta menyelaraskan pelbagai langkah kesiapsiagaan serta respons yang berkenaan – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading