Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

96 AKAUN BANK MILIK GLOBAL IKHWAN SERVICES AND BUSINESS HOLDINGS DIBEKUKAN – KPN

DALAM NEGARA

96 AKAUN BANK MILIK GLOBAL IKHWAN SERVICES AND BUSINESS HOLDINGS DIBEKUKAN – KPN

Kesemua akaun bank berkenaan dibekukan untuk siasatan mengikut  Seksyen 44 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.


foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan 96 akaun bank milik Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) bernilai RM581,552.31 .

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua akaun bank berkenaan dibekukan untuk siasatan mengikut  Seksyen 44 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

“Akaun yang kita bekukan melibatkan nilai  RM581,552.31 dan empat akaun dikenakan perintah untuk ditutup. Selain itu, polis turut menyita lapan buah kenderaan milik syarikat tersebut,”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung perkembangan Op Global yang diadakan di Mess Pegawai Kanan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, Pakar Perunding Kecemasan Kementerian Kesihatan (KKM)  Dr Noorzilawati Ahmad dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wan Noraidah Wan Mohd Zain – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading