PELAJAR TAHFIZ PERLU DIPERSIAP BERDEPAN ISLAMOFOBIA – PM ANWAR
“Sebab itu anak-anak (huffaz) sekalian terus tumpu dalam amalan kita. Yakin bahawa masa depan kita cemerlang. Tetapkan pendirian bahawa mesej Islam ini mesej kebenaran, risalah Islam ini risalah keadilan, menyatukan dan penuh dengan rahmah dan kasih sayang, ini yang harus kita tetapkan.”
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Himpunan 24,000 Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu golongan pelajar huffaz dipersiapkan dengan ajaran Islam yang sebenar bagi berdepan kelompok Islamofobia dan pihak yang menanam kebencian menerusi Islam di negara ini.
Beliau berkata hal ini kerana agama Islam di negara ini berada dalam persimpangan disebabkan kelompok itu yang mencemarkan kesuciannya.
“Sebab itu anak-anak (huffaz) sekalian terus tumpu dalam amalan kita. Yakin bahawa masa depan kita cemerlang. Tetapkan pendirian bahawa mesej Islam ini mesej kebenaran, risalah Islam ini risalah keadilan, menyatukan dan penuh dengan rahmah dan kasih sayang, ini yang harus kita tetapkan.
“Kita faham hak bukan Islam tetapi jangan dia bawa fahaman barat Islamofobia, tak boleh sebut pasal Islam. Jadi, kita harus berdepan pihak ini,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Himpunan 24K Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Maghrib pada Majlis Himpunan 24,000 Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. –fotoBERNAMA
Perdana Menteri berkata negara ini juga berdepan dengan kelompok yang membawa Islam dengan penuh kebencian dan hanya melihat kumpulan yang bersama-sama mereka sahaja yang baik.
“Orang lain semua tak baik. Kalau kerajaan semua jahat, yang baik hanya kabilah dan kelompok mereka. Ini jenis asabiyah yang akan merosakkan sendi kekuatan masyarakat.
“Jadi kita terpaksa berdepan dua perkara ini, di satu pihak Islamofobia, yang satu lagi mereka sahaja kelompok Islam,” kata Anwar.
Mengenai Himpunan 24K Huffaz, beliau menyifatkan majlis berkenaan sebagai satu platform yang bermakna dan ikhtiar bagi mengumpulkan para huffaz serta menanam semangat cintakan al-Quran.
Perdana Menteri berkata penganjuran himpunan berkenaan sekali gus membuktikan bahawa Kerajaan MADANI mempunyai prinsip jelas iaitu pembangunan untuk agama Islam.
Anwar berkata malah Kerajaan MADANI turut mementingkan masa depan pelajar tahfiz dengan memberi lebih banyak peluang kepada mereka untuk menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan kerjasama semua kementerian.
“Mengapa kita perlu TVET? Kerana pelabur datang… kerana Malaysia dijadikan medan terpenting di Asia Tenggara untuk (sektor) semikonduktor. Lepas ini pula kecerdasan buatan. Ini semua kita beri peluang kerana kita tidak mahu anak-anak huffaz ketinggalan,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis Himpunan 24K Huffaz mengumpulkan lebih 24,000 huffaz dari seluruh negara antaranya pelajar dan guru tahfiz serta alim ulama dari 1,500 madrasah tahfiz al-Quran yang bernaung di bawah Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA).
Himpunan berkenaan dicetuskan semula oleh Ahmad Zahid yang mahu meletakkan agenda pengislahan generasi masa hadapan dengan mengutamakan pendidikan al-Quran sebagai asas penting.
Objektif lain Himpunan 24K Huffaz bertemakan ‘Huffaz Tonggak Modal Insan Negara’ itu ialah bagi memartabatkan al-Quran, mengukuhkan silaturahim, mendidik, menginspirasi serta memperkasakan generasi berasaskan nilai-nilai al-Quran untuk manfaat sosial masyarakat dan negara. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked