OPERASI KAUNTER SAMAN TRAFIK DILANJUT HINGGA 9 MALAM INI – BUKIT AMAN
Polis Diraja Malaysia sekali lagi melanjutkan tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hingga 9 malam ini.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia sekali lagi melanjutkan tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hingga 9 malam ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata langkah itu susulan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai yang berkunjung ke program berkenaan yang memasuki hari terakhir hari ini.
“Seperti biasa, sebanyak 14 kaunter saman trafik dibuka hari ini dan ada anggota polis trafik yang bertugas boleh membantu mempermudah urusan orang ramai membayar saman,” katanya kepada Bernama hari ini.
Pada Jumaat lepas, operasi kaunter diskaun saman dibuka pada 9 pagi hingga 4 petang, bagaimanapun disebabkan orang ramai berpusu-pusu ingin membayar saman trafik dengan diskaun 50 peratus, operasi kaunter itu semalam dilanjutkan hingga 9 malam.
Sementara itu, tinjauan Bernama di kaunter-kaunter bayaran saman trafik mendapati ribuan pengunjung yang datang seawal 7 pagi hingga kini beratur panjang untuk membayar saman sambil dibantu anggota polis trafik.
Pekerja sektor swasta Abu Bakar Omar, 45, berkata dia sanggup datang dari Ayer Keroh, Melaka, semata-mata untuk mendapatkan diskaun bayaran saman.
“Saya dapat maklumat hanya di Bukit Jalil sahaja dapat boleh dapat diskaun saman dan tidak di tempat lain. Saya bergerak dari Ayer Keroh kira-kira 5 pagi untuk ke Bukit Jalil,” katanya.
Mahasiwa sebuah universiti awam, Ahmad Daniel Mohd Ali, 24, berkata dia juga mengambil peluang hari cuti hari ini untuk mendapatkan diskaun saman.
“Peluang sedemikian mungkin tidak dapat lagi dan hanya boleh didapati apabila ada program-program kerajaan,” katanya.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari mulai Jumaat, memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
Kemuncak program itu merupakan majlis penutup yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager