Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, di Kuala Lumpur, malam tadi, direman selama tujuh hari bermula hari ini.
KUALA LUMPUR: Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, di sini, malam tadi, direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata lelaki berusia 42 tahun itu yang ditahan kira-kira 10.30 malam tadi di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint menghala ke bandar raya ini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif tiga jenis dadah.
“Suspek ditahan di Lokap IPD Brickfields untuk siasatan lanjut. Permohonan reman terhadapnya dijalankan hari ini dan dibenarkan oleh Majistret Kuala Lumpur (direman) hingga Sabtu depan,” katanya pada sidang media di IPD berkenaan hari ini.
Beliau berkata suami isteri berkenaan ditemukan terbaring berlumuran darah di lantai rumah dipercayai akibat ditikam berkali-kali.
“Polis menemukan mata pisau, hulu pisau, batang kayu, serpihan kayu, satu helmet, meja kayu bulat dan sepasang kasut berwarna hitam dipercayai milik suspek di lokasi kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa (si mati) berumur 72 dan 82 tahun. Si bapa merupakan pesara Majlis Bandaraya Petaling Jaya manakala ibu ialah suri rumah,” katanya yang enggan mendedahkan nama mangsa bagi menjaga sensitiviti keluarga terbabit.
Allaudeen berkata semakan turut mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah berkaitan dadah sejak Januari 2016 hingga November 2023 dan terkini, ditahan pada 30 Nov di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 1 Dis dan diberikan jaminan sebanyak RM2,000.
“Kedua-dua mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat yang akan dilakukan pada hari ini,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, jeritan wanita meminta tolong membawa kepada penemuan mayat pasangan suami isteri di rumah berkenaan.
Seorang jiran lelaki yang enggan dikenali berkata jeritan berkenaan didengari kira-kira 7 malam.
“… saya dengar kira-kira dalam waktu maghrib, selepas itu senyap dan tiada lagi,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Jiran berkenaan berkata dia tidak menyangka anak lelaki mangsa sanggup melakukan perkara sedemikian kerana beberapa hari sebelum ini dia dilihat sering membantu mengemas dan menyapu halaman rumah.
“Malah pada waktu pagi saya ada nampak dia bantu bapanya cuci halaman rumah dan pernah juga saya nampak dia makan di kedai,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests