MALAYSIA SANGKAL DAKWAAN GENCATAN SENJATA DI GAZA ‘HANYA TANAM BENIH UNTUK PERANG SETERUSNYA’
Serangan besar-besaran yang berterusan oleh Israel terhadap mereka yang tidak bersalah di Gaza dan wilayah yang diduduki di Palestin menimbulkan ancaman sebenar kepada keamanan dan penyelesaian dua negara.
PUTRAJAYA: Malaysia menolak dakwaan bahawa gencatan senjata segera di Gaza akan “hanya menanam benih untuk perang seterusnya.”
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serangan besar-besaran yang berterusan oleh Israel terhadap mereka yang tidak bersalah di Gaza dan wilayah yang diduduki di Palestin menimbulkan ancaman sebenar kepada keamanan dan penyelesaian dua negara.
“Situasi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza tidak boleh dibiarkan.
“Kerajaan Malaysia amat sedih dengan keputusan untuk tidak mengendahkan desakan dan rayuan masyarakat antarabangsa,” menurut kenyataan itu sebagai reaksi kepada tindakan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila Washington memveto resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Resolusi itu menuntut gencatan senjata segera dalam konflik antara Israel dan Hamas di Gaza sekali gus menggagalkan desakan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera yang diketuai oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan negara-negara Arab.
Timbalan Duta AS ke PBB Robert Wood sebelum itu dilaporkan berkata: “Kami tidak menyokong gesaan resolusi untuk gencatan senjata yang tidak mampan yang hanya akan menanam benih untuk perang seterusnya.”
Wisma Putra menekankan bahawa Malaysia kesal terhadap kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk menerima pakai resolusi yang mendapat sokongan ketara daripada 102 negara, termasuk Malaysia yang merupakan bukti kepada hasrat masyarakat antarabangsa untuk melihat penamatan segera serangan ke atas Gaza.
Malaysia tidak berganjak dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mempunyai negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Laporan terkini oleh Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik Kementerian Kesihatan negara itu, menyatakan bahawa angka kematian telah meningkat kepada 17,674 orang dengan lebih 49,300 individu cedera.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked