Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASANGAN ORANG ASLI LARIKAN DIRI, ELAK JALANI SARINGAN COVID-19 DITEMUI

DALAM NEGARA

PASANGAN ORANG ASLI LARIKAN DIRI, ELAK JALANI SARINGAN COVID-19 DITEMUI

Gambar hiasan.

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri Orang Asli ditemui semalam selepas melarikan diri daripada menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, pada 4 Februari lalu.

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, anggotanya dari Balai Polis Laloh menerima maklumat daripada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berkaitan pasangan tersebut.

Susulan daripada maklumat tersebut, sepasukan anggota berjaya menjumpai pasangan tersebut di sebuah pondok sekitar Sungai Sam, Gua Musang kira-kira jam 5.30 petang.

“Pasangan Orang Asli itu beri kerjasama yang baik kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke HSIP bagi menjalani ujian saringan COVID-19 seterusnya menjalani kuarantin sehingga keputusan diperoleh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, pasangan yang berasal dari Pos Tohoi, Gua Musang itu perlu melakukan ujian saringan susulan anak perempuan mereka yang berusia 25 hari disahkan positif COVID-19.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading