Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI JUMPA BAYI MASIH BERTALI PUSAT DALAM BEG

DALAM NEGARA

LELAKI JUMPA BAYI MASIH BERTALI PUSAT DALAM BEG

ALOR SETAR: Seorang lelaki menjumpai seorang bayi yang masih bertali pusat, dibalut dengan kain batik di dalam sebuah beg pada petang semalam.

Mohd Hanif Zaini, 29, menemui bayi seberat 3 kilogram itu di atas kerusi di hadapan sebuah tokong yang terletak di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, Kuala Kedah.

Menurut Hanif, semasa kejadian, dia terdengar seperti bunyi anak kucing.

Sebaik sahaja menghampiri bunyi tersebut, terdapat sebuah beg dan selepas membuka dia melihat seorang bayi di dalam beg tersebut.

“Saya datang dekat, dia senyap, kemudian menangis lagi.

“Saya masuk ke dalam kawasan tokong, saya buka beg dan dalamnya ada bayi,” katanya.

Ujarnya, sewaktu kejadian, cuaca sekeliling agak panas jadi dia tarik beg berkenaan ke kawasan teduh.

Sejurus kejadian itu, Hanif menghubungi isterinya untuk membawa kereta ke lokasi penemuan bayi itu sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.

Mohd Hanif dan isterinya memandikan bayi tersebut sebelum menghubungi pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading