Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BERI KEUTAMAAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 KEPADA GURU

DALAM NEGARA

BERI KEUTAMAAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 KEPADA GURU

SHAH ALAM: Kerajaan diminta untuk turut memberikan keutamaan kepada para guru dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada hujung bulan ini.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, keutamaan harus diberikan pada warga pendidik bagi memastikan persekitaran selamat serta memberikan kestabilan ekosistem pendidikan untuk murid sekolah.

Menurutnya, jika pelaksanaan program tersebut disertai para guru, secara tidak langsung dapat mengurangkan kebimbangan dan keresahan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah masing-masing.

“Pengambilan vaksin akan meningkatkan keyakinan dan semangat guru-guru untuk kembali mengajar anak murid mereka di sekolah tanpa merasa khuatir sekiranya mereka yang jadi penyebab para pelajar dijangkiti,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama oleh PIBGN dan Persatuan Farmasi Malaysia (PFM).

Ketika ini suntikan vaksin tidak melibatkan individu berumur 18 tahun ke bawah, justeru pemberian vaksin kepada guru akan melindungi para murid daripada dijangkiti wabak berkenaan.

“Dengan pemberian vaksin kepada guru-guru sebagai golongan barisan hadapan di sekolah, ia membolehkan sesi persekolahan berjalan dengan baik dan sempurna seperti biasa.

“Oleh kerana wabak ini telah berada dalam komuniti, kita harus belajar untuk hidup bersama wabak ini seperti mana kita biasa hidup dengan penyakit-penyakit berjangkit yang lain seperti denggi dan influenza,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan akan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini.

Program tersebut menyasarkan 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin secara percuma membabitkan tiga fasa.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading