Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASIH RAMAI KAYUH BERKUMPULAN KETIKA PKP

DALAM NEGARA

MASIH RAMAI KAYUH BERKUMPULAN KETIKA PKP

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Kayuhan berbasikal secara berkumpulan tidak dibenarkan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan polis akan mengambil tindakan tegas jika ada pihak melanggar prosedur operasi standard (SOP) tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan masih ada yang berani melanggar peraturan tersebut di ibu kota.

Ujarnya, polis setakat ini mengesan aktiviti kayuhan basikal secara berkumpulan di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Ampang serta Jalan Merbok.

“Kayuhan berkumpulan adalah tidak dibenarkan sama sekali walaupun keluar dari rumah berseorangan.

“Orang ramai yang didapati ingkar dan tidak mematuhi arahan ini khususnya yang berbasikal di sekitar bandar raya Kuala Lumpur akan diambil tindakan kompaun di atas ketidakpatuhan tersebut,” katanya.

Tambahnya orang ramai diingatkan aktiviti berbasikal hanya dibenarkan berseorangan dan kayuhan tidak melebihi 10 kilometer dari tempat tinggal (kediaman). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading