Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

200 PEKERJA PELANTAR MINYAK PETRONAS TERKANDAS DI PERAIRAN MYANMAR

DALAM NEGARA

200 PEKERJA PELANTAR MINYAK PETRONAS TERKANDAS DI PERAIRAN MYANMAR

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 pekerja pelantar minyak milik Petronas di Laut Andaman, Myanmar dipercayai terkandas sejak rampasan kuasa tentera di negara tersebut awal minggu ini.

Memetik laporan Mingguan Malaysia, pekerja di pelantar minyak tersebut terputus hubungan dengan darat dan Kedutaan Malaysia sejak Isnin lalu.

Salah seorang pekerja yang pernah berada di pelantar tersebut selama empat bulan meluahkan kebimbangan terhadap bekalan makanan dan gas yang semakin berkurangan dan dijangka hanya mampu bertahan sehingga 10 atau 11 Februari ini.

Perkhidmatan helikopter yang digunakan untuk membawa pekerja pelantar tersebut juga dilapor di bawah kawalan junta tentera ketika ini.

“Tiada helikopter ketika ini; kami percaya ia kini dikawal junta. Kami tidak pasti apa yang berlaku di sana ketika ini,” kata pekerja berkenaan.

Dilaporkan pekerja kebiasaannya berada di pelantar tersebut selama 40 hari namun dipanjangkan sejak pandemik COVID-19.

Penggantian petugas di pelantar terbabit juga dilapor tidak dapat dilakukan ketika ini ekoran rampasan kuasa tentera Myanmar selain isu visa.

Pada Isnin lalu Pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Aung San Suu Kyi ditahan tentera Myanmar atas dakwaan penipuan ketika pilihan raya umum tahun lalu.

Susulan penahanan itu darurat diumumkan oleh tentera Myanmar. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading