Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MYSEJAHTERA: PERINGATAN UNTUK TIDAK TERCICIR DOS KEDUA, KEMASKINI KESAN SAMPINGAN VAKSIN

DALAM NEGARA

MYSEJAHTERA: PERINGATAN UNTUK TIDAK TERCICIR DOS KEDUA, KEMASKINI KESAN SAMPINGAN VAKSIN

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai peringatan kelompok penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sasaran untuk tidak tercicir bagi pengambilan dos kedua.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, program berkenaan mewajibkan penerima untuk mengambil dua dos dalam tempoh dua bulan bagi pembentukan imuniti dalam badan.

Tambahnya, aplikasi MySejahtera akan diperluaskan penggunaannya bagi mengemaskini maklumat sebarang kesan sampingan terhadap pengambilan vaksin COVID-19.

“Aplikasi MySejahtera akan berfungsi untuk pengesanan status rakyat yang sudah menerima vaksin tersebut serta mengingatkan rakyat untuk tidak lupa mengambil dos kedua vaksin.

“Aplikasi tersebut juga akan menjadi platform kerajaan mengemaskini maklumat sebarang kesan sampingan daripada vaksin itu,” katanya.

Terdahulu, lebih 24.5 juta pengguna memuat turun aplikasi MySejahtera menerusi telefon pintar masing-masing, setakat 4 Disember tahun lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading