Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SENTUH, DENGAR DAN ALAMI SENDIRI BUDAYA ARAB SAUDI

DALAM NEGARA

SENTUH, DENGAR DAN ALAMI SENDIRI BUDAYA ARAB SAUDI

Pavilion Arab Saudi menjadi antara tarikan utama pesta buku berkenaan dengan pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan kepada pengunjung, termasuk pameran alat muzik tradisional, manuskrip lama, makanan dan minuman, fesyen serta elemen kebudayaan lain.

KUALA LUMPUR: Arab Saudi mengambil peluang sebagai Negara Fokus dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 untuk memperkenalkan budaya, warisan serta kecemerlangan sektor literasi dan penerbitannya secara lebih dekat kepada rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kesusasteraan, Penerbitan dan Terjemahan Arab Saudi, Dr Abdullatif Al-Wasil berkata, penyertaan negara itu bukan sekadar mempamerkan bahan budaya, malah menawarkan pengalaman interaktif kepada pengunjung.

“Di pavilion ini, pengunjung bukan sekadar melihat pameran, malah turut menjadi sebahagian daripadanya. Anda boleh mencuba, mendengar dan berinteraksi secara langsung dengan setiap pengalaman yang ditawarkan,” katanya kepada media ketika ditemui di Pavilion Arab Saudi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Beliau berkata, Pavilion Arab Saudi turut menampilkan pelbagai tawaran budaya yang mencerminkan kerencaman warisan negara itu.

Arab Saudi dipilih sebagai Negara Fokus PBAKL 2026 bagi memperkenalkan pencapaian dan kecemerlangan negara itu dalam bidang literasi, penerbitan serta industri budaya kepada masyarakat Malaysia.

Pendekatan interaktif itu dilihat memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami budaya Arab Saudi secara lebih mendalam melalui pengalaman secara langsung, berbanding sekadar melihat bahan pameran semata-mata. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading