Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SEMUA AKTIVIS GSF, FFC YANG DITAHAN ISRAEL TELAH DIBEBASKAN – ADALAH

DUNIA

SEMUA AKTIVIS GSF, FFC YANG DITAHAN ISRAEL TELAH DIBEBASKAN – ADALAH

Semua aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang ditahan pihak Israel telah dibebaskan dan kini sedang dihantar pulang ke negara masing-masing, menurut pasukan peguam Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH).

SEMUA AKTIVIS GSF, FFC YANG DITAHAN ISRAEL TELAH DIBEBASKAN – ADALAH

KUALA LUMPUR: Semua aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang ditahan pihak Israel telah dibebaskan dan kini sedang dihantar pulang ke negara masing-masing, menurut pasukan peguam Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH).

Menurut kenyataan Pengasas dan Pengerusi Centre for Human Rights Research & Advocacy (CENTHRA), Azril Mohd Amin di laman media sosial X, ADALAH memaklumkan para aktivis dibebaskan dari Penjara Ketziot, manakala kebanyakan mereka kini dibawa ke Lapangan Terbang Ramon untuk diterbangkan keluar.

Menurut organisasi itu, tindakan Israel memintas kapal di perairan antarabangsa, menahan aktivis secara sewenang-wenangnya serta melayan mereka dengan kasar adalah melanggar undang-undang antarabangsa.

CENTHRA Malaysia turut dimaklumkan bahawa pasukan peguam ADALAH masih memantau proses penghantaran pulang bagi memastikan semua aktivis selamat dan tidak ditahan lebih lama tanpa sebab yang sah.

GSF dan FFC adalah gabungan aktivis antarabangsa yang menjalankan misi kemanusiaan bagi membantu penduduk Gaza dan menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin yang dijajah oleh rejim Zionis Israel. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading