Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASANGAN SUAMI ISTERI DITAHAN TERLIBAT TUJUH KES CURI BARANG DALAM KENDERAAN

DALAM NEGARA

PASANGAN SUAMI ISTERI DITAHAN TERLIBAT TUJUH KES CURI BARANG DALAM KENDERAAN

Pasangan itu didapati mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri di Taman Tasek Tambahan, Ampang petang semalam, yang disyaki terlibat dengan tujuh kes curi barang dalam kenderaan sekitar Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 40 tahun dan isterinya yang berumur 45 tahun itu ditahan di rumah mereka kira-kira pukul 3 petang susulan laporan polis mengenai kes pecah masuk sebuah kereta di Taman Bukit Teratai Selasa lepas.

Beliau berkata susulan penahanan dua penagih dadah itu, polis turut merampas beberapa telefon bimbit pelbagai jenama, cermin mata, kamera, topi, beg tangan wanita pelbagai jenama, beberapa jam tangan, minyak wangi, dan kasut berjenama, keseluruhannya dianggarkan bernilai RM20,000.

“Siasatan awal mendapati ketujuh-tujuh kes berkenaan dilakukan oleh suspek lelaki sahaja. Isterinya didapati tahu akan kegiatan jenayah suaminya… Kedua-dua suspek yang tidak bekerja dipercayai mendapatkan bekalan dadah hasil jualan barang yang dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini

Katanya pasangan itu didapati mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading