MCMC SEKAT 1.8 BILION PANGGILAN ‘SCAM’ SEJAK 2017 HINGGA 2022 – FAHMI
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menyekat 1.8 bilion panggilan scam dari 2017 hingga 2022, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menyekat 1.8 bilion panggilan scam dari 2017 hingga 2022, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata perkara itu diketahui hasil pertemuannya dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama MCMC dan beberapa pihak lain.
Beliau berkata sejak 2018 pula sebanyak 300 juta scam menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berjaya dikekang namun kes penipuan itu masih berlaku.
“Peringatan saya kepada rakyat Malaysia, tolong berhati-hati dalam suasana perayaan ini (kerana) sudah pasti akan ada yang menangguk di air keruh untuk mengambil kesempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di sini hari ini.
Justeru, beliau menasihatkan masyarakat yang menjadi mangsa penipuan supaya menghubungi talian 997 yang merupakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk membuat laporan supaya tindakan segera dapat diambil bagi mengekang kehilangan wang.
Fahmi berkata terdapat pelbagai jenis penipuan ketika ini dan ia bukan mudah untuk ditangani kerana apabila sesuatu modus operandi dapat dikesan, akan muncul jenis penipuan baharu.
“Jadi sempena musim perayaan ini, kita lihat ‘scam’ seperti ‘scam pencuci’ atau ‘cleaner scam’ yang banyak dibuat melalui Facebook sebagai contoh, kita kena berhati-hati.
“Jadi sekiranya anda mendapat apa-apa tawaran sama ada kerja ataupun perkhidmatan, tolong buat pengesahan sebelum kita terpedaya oleh ‘scammer-scammer’ ini. Jika ia nampak terlalu bagus, kemungkinan satu penipuan dan buat laporan polis serta call 997 supaya kita boleh bantu,” katanya.
Berkenaan penipuan menerusi aplikasi Telegram, Fahmi berkata antara masalah yang dihadapi dengan aplikasi itu ialah ia merupakan encrypted system.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan cuba menghubungi pihak Telegram supaya beberapa perkara dapat diatur bagi menyelesaikan masalah tersebut.
“Lebih daripada itu, peringatan kepada semua, sekiranya anda mendapat mesej daripada orang yang seperti kawan kita tetapi cara dia bercakap dengan kita itu lain daripada biasa, sila berhati-hati dan kalau dapat panggilan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bukit Aman (polis) atau mahkamah, dia tidak berurusan melalui telefon tetapi hantar surat minta kita datang ke pejabat.
“Jadi kita kena ada satu peningkatan kesedaran tentang cara-cara ‘scammer’ ini beroperasi dan masa yang sama kita lihat satu tindakan bersepadu antara KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital), Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar adalah perlu kerana kita dapati ada sejumlah panggilan ‘scam’ ini tak berlaku dalam negara kita tetapi merentasi sempadan,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager