Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WANITA TERJUN SUNGAI BELAT DITEMUKAN LEMAS

DALAM NEGARA

WANITA TERJUN SUNGAI BELAT DITEMUKAN LEMAS

Mayat wanita berusia 42 tahun itu ditemukan pada 11.36 pagi kira-kira 50 meter dari lokasi dia dikatakan terjun semasa melarikan diri dari serbuan operasi narkotik di kawasan tersebut.

Gambar hiasan

KUANTAN: Seorang wanita yang terjun ke Sungai Belat berhampiran Jeti Tanjung Punai di sini petang semalam ditemukan lemas di sungai itu hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat wanita berusia 42 tahun itu ditemukan pada 11.36 pagi kira-kira 50 meter dari lokasi dia dikatakan terjun semasa melarikan diri dari serbuan operasi narkotik di kawasan tersebut.

“Kejadian disaksikan oleh seorang lelaki Rohingya yang cuba menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya kerana keadaan air pasang dan arus deras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan keterangan anak lelaki mangsa, wanita itu didapati mempunyai masalah ketagihan dadah dan kerap ke lokasi berkenaan untuk melepaskan gian. 

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading