PEGAWAI KANAN ATM MOHAMED FAUZI DIDAKWA PECAH AMANAH RM5 JUTA
Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) berjumlah RM5 juta kira-kira dua tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) berjumlah RM5 juta kira-kira dua tahun lepas.
Mohamed Fauzi, 56, yang memakai sut lengkap berwarna biru gelap mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
“Saya faham dengan pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan,” katanya yang juga Ketua Staf Markas Angkatan Bersama.
Mohamed Fauzi didakwa sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT telah melakukan pecah amanah wang berjumlah RM5 juta milik TKAT, iaitu tertuduh secara tidak jujur menyalahgunakan wang itu dengan membuat pelaburan tambahan dalam syarikat Precious Amber International Berhad tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kementah di sini pada 27 Nov 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mencadangkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin berserta syarat pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dengan mengambil kira ini adalah kesalahan serius.
“Pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah dengan alasan tertuduh masih menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, selain ada risiko untuk melarikan diri kerana tertuduh kerap ke luar negara. Oleh itu, jaminan tersebut adalah munasabah,” kata Law.
Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Mohamed Fauzi memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM70,000 kerana anak guamnya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah serta masih menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama.
“Pihak pembelaan tidak membantah pasport anak guam diserahkan kepada mahkamah namun jumlah jaminan RM300,000 adalah tidak munasabah selain tertuduh akan sentiasa hadir ke mahkamah pada setiap sebutan yang ditetapkan,” kata peguam itu.
Bagaimanapun, Law membantah terhadap permohonan pihak pembelaan yang memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM70,000.
Suzana membenarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 16 Mac ini untuk sebutan kes.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked