PEGAWAI SPRM, DATUK ROY DIDAKWA RASUAH RM640,000 SUPAYA ANAK MUHYIDDIN TIDAK DIREMAN
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM640,000 supaya anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman SPRM.
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Rasyidi Mohd Said, 43.
Ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54.
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM640,000 supaya anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman SPRM.
Mohd Rasyidi Mohd Said, 43, dan Datuk Roy atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
“Faham Yang Arif, mengaku tidak bersalah,” kata kedua-dua tertuduh kepada Hakim Azura Alwi.
Mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan, 47, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan pihak SPRM.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bangsar, di sini, antara 9 dan 11 malam, 5 Mac lalu.
Mereka juga didakwa menerima suapan untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain iaitu wang tunai berjumlah RM240,000 daripada Syed Farid Syed Al Attas, 41, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman individu sama semasa siasatan pihak SPRM.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas, di sini, antara jam 2 dan 4 petang, 6 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di hadapan Hakim Suzana Hussin, Mohd Hussien turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan meminta rasuah wang berjumlah RM2 juta untuk dirinya daripada Siti Dalena dan Syed Farid.
Ia sebagai dorongan untuk menukarkan pertuduhan yang lebih ringan, menukar keterangan tertuduh kepada saksi, dan mengurangkan wang jaminan terhadap kes pendakwaan yang dihadapi oleh ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Kampung Melayu Kepong, di sini, pada Februari 2023 dan pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.
Suzana membenarkan Mohd Hussein diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan manakala Mohd Rasyidi diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport ke mahkamah dan melapor diri ke pejabat SPRM Kuala Lumpur sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Selvam T Armugom menawarkan jaminan antara RM10,000 dan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM berhampiran kediaman sebulan sekali.
“Untuk makluman mahkamah, Mohd Hussein telah dituduh di satu lagi Mahkamah Sesyen sebentar tadi. Pihak kami memohon agar kes tersebut dipindahkan ke mahkamah ini untuk dibicarakan bersama,” katanya yang mengendalikan kes bersama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Nor Diana Nor Azwa.
Sementara itu, peguam Fahmi Abd Moin, yang mewakili Mohd Hussein berkata pihaknya tidak membantah jumlah jaminan tersebut, namun memohon supaya anak guamnya yang tinggal di Kuantan, Pahang melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Peguam Mohd Hezri Shaharil mewakili Mohd Rasyidi memohon jaminan dikurangkan daripada RM10,000 memandangkan anak guamnya yang merupakan penjawat awam menanggung empat anak berumur antara 16 hingga setahun.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests