BEKAS HAKIM, ANGGOTA POLIS DIDAKWA MINTA RASUAH LEPASKAN KES KHALWAT
Seorang bekas hakim dan seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan rasuah RM4,000 untuk melepaskan seorang lelaki berkaitan kes khalwat pada 2019.
IPOH: Seorang bekas hakim dan seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan rasuah RM4,000 untuk melepaskan seorang lelaki berkaitan kes khalwat pada 2019.
Bekas hakim Mahkamah Syariah, Burhanuddin Ismi Adam, 43, dan Lans Koperal Muhamad Hamri Ayob, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Muhamad Hamri didakwa meminta bagi pihak Burhanuddin Ismi suapan iaitu wang sebanyak RM4,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk Burhanuddin Ismi membuat keputusan melepaskan kes khalwat yang memihak kepada lelaki itu di bawah Seksyen 54(1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran, Jalan Kuala Kangsar, Taman Tasek Mutiara di sini pada kira-kira 5.30 petang 10 Sept 2019.
Pertuduhan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(B) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta itu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Burhanuddin Ismi pula didakwa menerima suapan sebanyak RM4,000 daripada lelaki itu sebagai dorongan untuk membuat keputusan melepaskan kes khalwat yang memihak kepada lelaki tersebut di bawah seksyen sama.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah restoran di Desa Chemor Saujana di sini pada kira-kira 11.30 malam hari sama.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Burhanuddin Ismi yang merupakan bapa kepada tiga anak dan Muhamad Hamri bapa kepada empat anak memohon jaminan minimum dikenakan ke atas mereka.
Hakim Ahmad Kamar Jamaludin membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 ke atas setiap tertuduh dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 19 Jun untuk sebutan semula kes.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked