Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENCURI BEG TANGAN JEMAAH MASJID DITAHAN

JENAYAH

PENCURI BEG TANGAN JEMAAH MASJID DITAHAN

Tangkapan dibuat selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek melarikan beg tangan milik seorang jemaah wanita ketika mangsa menunaikan solat Asar di Masjid Ar-Rasyidin, Kampung Jelatang pada Sabtu lalu.

ALOR GAJAH: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes kecurian beg tangan di masjid sekitar daerah Alor Gajah direman empat hari bermula hari ini selepas ditahan polis susulan rakaman kejadian yang tular di media sosial.

Perintah reman sehingga 12 Jun itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kamarul Aris Kamalluddin terhadap suspek berusia 28 tahun yang tidak bekerja.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, tangkapan dibuat selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan suspek melarikan beg tangan milik seorang jemaah wanita ketika mangsa menunaikan solat Asar di Masjid Ar-Rasyidin, Kampung Jelatang pada Sabtu lalu.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai turut terbabit dalam beberapa lagi kes kecurian beg tangan di masjid sekitar daerah berkenaan.

Katanya, suspek ditahan pada jam 8.35 malam semalam di kawasan Pegoh, Alor Gajah dan kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

“Polis kini sedang melengkapkan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti kemungkinan penglibatan suspek dalam beberapa kes lain di rumah ibadat sekitar daerah berkenaan,” katanya.

Terdahulu, rakaman CCTV berdurasi 23 saat yang tular memaparkan seorang lelaki berbaju-T biru dan berseluar pendek melarikan beg tangan seorang jemaah wanita ketika mangsa sedang menunaikan solat di masjid tersebut.

Mangsa yang merupakan penuntut universiti berusia 19 tahun membuat laporan polis pada jam 6.24 petang pada hari kejadian. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in JENAYAH

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading