Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR MALAYSIA JUARA PERTANDINGAN TILAWAH DI JORDAN

DALAM NEGARA

PELAJAR MALAYSIA JUARA PERTANDINGAN TILAWAH DI JORDAN

Pelajar Malaysia di Jordan, Ahmad Luqman Ahmad Zaini mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan tilawah inter-varsiti yang diadakan di Amman, Jordan, hari ini.

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di Jordan, Ahmad Luqman Ahmad Zaini mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan tilawah inter-varsiti yang diadakan di Amman, Jordan, hari ini.

Ahmad Luqman yang merupakan pelajar tahun empat di Wise University, Jordan itu berjaya mengalahkan 245 peserta antarabangsa yang lain.

“Ahmad Luqman membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah 2,000 Dinar.

“Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Filipina, manakala tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Syria,” menurut hantaran di Facebook Education Malaysia Jordan-EMJ.

Turut hadir pada majlis itu Duta Besar Malaysia ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman dan Menteri Penasihat Pendidikan, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Prof Madya Dr Radzuwan Ab Rashid.

Sementara itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengucapkan tahniah kepada Ahmad Luqman yang juga bekas pelajar Darul Quran JAKIM atas kejayaan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading