Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PATAH KAKI, TERJATUH DALAM GAUNG

DALAM NEGARA

LELAKI PATAH KAKI, TERJATUH DALAM GAUNG

Seorang penunggang motosikal patah kaki kiri selepas terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung, di Jalan Sungai Tua menghala ke Selayang, di sini pagi tadi.

HULU SELANGOR: Seorang penunggang motosikal patah kaki kiri selepas terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung, di Jalan Sungai Tua menghala ke Selayang, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, kemalangan berlaku kira-kira 8.23 pagi itu melibatkan mangsa lelaki berusia 28 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC

“Mangsa telah terbabas dan terjatuh ke dalam gaung berkedalaman 7 meter.

“Mangsa mengalami kecederaan parah selepas kaki kirinya patah,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan ‘stretcher’ kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk dirawat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading