Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NIK RAZI NIK MAT, ADIK ALLAHYARHAM NIK AZIZ MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

NIK RAZI NIK MAT, ADIK ALLAHYARHAM NIK AZIZ MENINGGAL DUNIA

Nik Razi Nik Mat iaitu adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz meninggal dunia, pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Nik Razi Nik Mat iaitu adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz meninggal dunia, pagi tadi.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata, tokoh ulama Kelantan itu meninggal selepas diuji sakit terlantar hampir empat bulan.

“Almarhum yang juga merupakan adinda kepada Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberi sumbangan yang begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya merakamkan takziah kepada ahli keluarganya almarhum Tuan Guru. Semoga Allah SWT membalas segala jasa yang dicurahkan, mengampunkan dan merahmatinya disisi para solehin,” katanya menerusi hantaran di Facebook. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading