Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI SERANG PEMANDU DI LAMPU ISYARAT LABUAN DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI SERANG PEMANDU DI LAMPU ISYARAT LABUAN DITAHAN

Polis Labuan telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang melakukan serangan terhadap seorang pemandu lelaki dengan gambarnya dirakam oleh dashcam dalam kejadian di sini, baru-baru ini.

LABUAN: Polis Labuan telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang melakukan serangan terhadap seorang pemandu lelaki dengan gambarnya dirakam oleh dashcam dalam kejadian di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata tangkapan dibuat semalam pada 3.45 petang, selepas laporan polis dibuat oleh mangsa berusia 26 tahun pada 12 April lalu.

“Lelaki itu akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk memohon perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ahmad berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 323, 427 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah serta menyebabkan kerosakan (pada kenderaan mangsa).

Menerusi video yang tular di media sosial, suspek yang memandu kereta Proton dilihat bertindak menumbuk seorang pemandu kereta di belakangnya, dalam kejadian di lampu isyarat di Jalan Patau-Patau.

Mangsa didakwa telah memarahi suspek yang tidak memberi isyarat ketika menukar lorong.

Ahmad berkata akibat serangan itu, mangsa mengalami pendarahan hidung dan luka di bahagian dahi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading