SITI NURAMIRA DIDENDA RM8,000 TANGGAL BAJU KURUNG, TUDUNG DI KELAB KOMEDI
Seorang wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail tahun lepas, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail tahun lepas, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu selepas Siti Nuramira Abdullah, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan menyebut bahawa dia adalah seorang muslim telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudiannya bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung sewaktu persembahan di atas pentas.
Wanita itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 6 petang, 4 Jun 2022, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Dia membayar denda itu.
Hari ini ditetapkan untuk sambung bicara bagi pemeriksaan balas peguam terhadap saksi pendakwaan pertama, Muhammad Asyraf Kamal Musthaffa, namun Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan kepada mahkamah pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh.
“Pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan berikutan Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan tertuduh pada 16 Mac lepas,” kata Abdul Malik.
Beliau juga memohon supaya hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh menggambarkan keseriusan kes, mengambil kira tindakan tertuduh mendapat perhatian umum.
“Tertuduh pada asalnya didakwa mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan dan ditawarkan dengan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 298. Walaupun hukuman di bawah Seksyen 298 adalah lebih rendah, ia tidak bermaksud kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh tidak serius.
“Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama, demi menjaga keharmonian negara tiada sesiapa wajar membuat perkara melukakan perasaan penganut agama dan mengganggu mana-mana agama. Tertuduh boleh membuat persembahan tanpa merujuk mana-mana agama kerana isu agama adalah tidak wajar dijadikan bahan lawak,” katanya.
Peguam R. Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira memohon hukuman denda ringan atas alasan anak guamya tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Pengakuan bersalah tertuduh hari ini menjimatkan masa dan kos mahkamah. Selepas anak guam saya dituduh di mahkamah, dia tidak pernah melakukan persembahan komedi atau apa-apa perkara berkaitan dengan kesalahan sebelum ini selain tidak mempunyai akaun media sosial dan menyepikan diri serta tidak mengundang sebarang kontroversi lain.
“Kes ini menjadi topik perbualan hangat ketika ia tular di media sosial tahun lepas. Ini menyebabkan perubahan drastik dalam gaya hidup tertuduh dari segi keperibadian, kesihatan mental dan hubungan sosialnya.
“Pengalaman dia ditangkap polis, ditahan reman di lokap serta dipenjara lebih kurang 10 hari juga memandai sebagai pengajaran kepada tertuduh,” kata peguam itu dan memaklumkan anak guamnya telah insaf dan mohon maaf atas perbuatannya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager