PELAJAR SEKOLAH MENINGGAL DUNIA KETIKA ACARA LARIAN RENTAS DESA
“Ketika pelajar itu hampir ke garisan penamat, dia telah rebah serta tidak sedarkan diri. Guru ada memberikan bantuan pernafasan tetapi pelajar tersebut tidak memberikan tindak balas.”
KUALA PILAH: Seorang pelajar tingkatan dua meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, rebah kira-kira 50 meter sebelum ke garisan penamat bagi acara larian itu kira-kira 9.30 pagi tadi.
“Anggaran 700 pelajar menyertai larian merentas desa sepanjang tujuh kilometer itu pagi tadi dan ketika pelajar itu hampir ke garisan penamat, dia telah rebah serta tidak sedarkan diri. Guru ada memberikan bantuan pernafasan tetapi pelajar tersebut tidak memberikan tindak balas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihak sekolah segera menghubungi talian 999 dan pelajar itu dibawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.
“Pada 10.15 pagi tadi ambulans tiba di Unit Kecemasan dan setelah hampir sejam memberikan bantuan, pelajar itu akhirnya disahkan meninggal dunia,” katanya.
Syahrul Anuar menjelaskan berdasarkan keterangan bapa pelajar itu, anaknya disahkan menghidap penyakit jantung berlubang pada 2016 dan mempunyai kad rawatan bagi penyakitnya itu dari Institut Jantung Negara (IJN) selain sentiasa dibekalkan dengan ubat-ubatan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid ketika ditemui di Unit Forensik HTAN mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pelajar berkenaan.
“Saya diberitahu oleh pihak keluarga dan sekolah bahawa pelajar ini ada penyakit jantung, dia tidak berlari sangat mungkin keadaan kesihatannya itu membuatkan dia berasa tidak selesa dan terus rebah.
“Saya telah berjumpa dengan pengetua dan keluarga, masing-masing dapat menerima keadaan ini dengan baik terutamanya ibu bapa pelajar itu, mereka mengakui anaknya ada penyakit dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak menularkan kenyataan yang salah dan negatif berhubung insiden yang menimpa pelajar tersebut.
Menurutnya hasil pertemuan bersama pihak sekolah dan keluarga, beliau dimaklumkan bahawa pelajar itu memang berminat untuk melakukan larian tersebut.
“Saya berharap perkara ini tidak diviralkan secara salah, perlu terima takdir ini malah ibu bapa pelajar itu juga menerima takdir ini dengan baik walaupun sukar.
“Hanya keluarga sahaja yang tahu minat anaknya dalam bidang sukan, mungkin ibu bapa tahu anaknya boleh merentas desa atau melakukan aktiviti lain, netizen tidak tahu…saya bertanya kepada ibu pelajar itu, anaknya minat untuk melakukan aktiviti itu dan apabila bersama kawan-kawan dia lupa yang dia sakit,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests