MAHKAMAH PERSEKUTUAN TETAP 3 MEI PUTUSKAN RAYUAN BERKAITAN STATUS AGAMA ISLAM WANITA
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Peguam A.Surendra Ananth, yang mewakili wanita itu, ketika dihubungi memberitahu Bernama bahawa pihaknya telah menerima sepucuk surat daripada mahkamah yang memaklumkan perkara tersebut.
Beliau berkata keputusan akan disampaikan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.
Pada 19 Feb lepas, panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais menangguhkan keputusan rayuan itu selepas mendengar hujah peguam yang mewakili wanita itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan penasihat undang-undang negeri Selangor bagi pihak kerajaan negeri.
Wanita itu merayu terhadap keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan pada 13 Jan 2023 yang mengembalikan status agamanya sebagai seorang Islam.
Wanita itu berkata beliau masih kecil ketika ibunya bertindak mengislamkannya pada 1991. Beliau berkata ibunya telah berkahwin dengan seorang lelaki beragama Islam selepas bercerai dengan bapa wanita itu.
Wanita itu mendakwa walaupun memeluk Islam, ibu dan bapa tirinya membenarkan dia terus mengamalkan kepercayaan Hindu, agama yang dianuti sejak dilahirkan.
Pada 12 Dis 2013, wanita itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa dia tidak lagi beragama Islam.
Bagaimanapun pada 20 Julai 2017, Mahkamah Tinggi Syariah menolak samannya. Mahkamah Rayuan Syariah juga menolak rayuannya pada 1 Ogos 2017.
Selepas gagal di Mahkamah Syariah, wanita itu kemudian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam dan berjaya mendapat pengisytiharan bahawa beliau bukan beragama Islam.
Bagaimanapun, keputusan itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan MAIS dan Kerajaan Negeri Selangor.
Pada 23 Mei tahun lepas, wanita itu kemudian mendapat kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan dan membangkitkan enam persoalan undang-undang yang perlu diputuskan oleh mahkamah. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests