Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR UNIVERSITI MENGAKU TIDAK BERSALAH TIKAM LEHER BEKAS KEKASIH 

DALAM NEGARA

PELAJAR UNIVERSITI MENGAKU TIDAK BERSALAH TIKAM LEHER BEKAS KEKASIH 

Seorang pelajar universiti swasta warganegara China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menikam leher bekas teman wanitanya, minggu lepas.

Sumber: BERNAMA

SHAH ALAM: Seorang pelajar universiti swasta warganegara China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menikam leher bekas teman wanitanya, minggu lepas.

You Wei, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Norazlin Othman. 

Menurut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang wanita, juga warganegara China yang merupakan bekas teman wanitanya dengan menikam bahagian kiri leher mangsa menggunakan pisau. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tingkat dua sebuah universiti swasta di Bandar Sunway, Subang Jaya, dekat sini kira-kira 6.30 petang pada 14 Julai lepas. 

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.  

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh. 

Bagaimanapun, Peguam Revin Kumar yang mewakili tertuduh memohon supaya mahkamah mempertimbangkan jaminan atas budi bicara, dengan alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dan bersedia mematuhi syarat tambahan yang ditetapkan. 

“Tertuduh juga sedang menerima rawatan bagi penyakit bipolar dan mengambil ubat di sebuah klinik swasta. Tertuduh akan mematuhi syarat-syarat tambahan seperti serahan pasport dan melapor diri ke balai polis,” katanya. 

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin selain tertuduh perlu menyerahkan pasport ke mahkamah, melapor diri ke balai polis berhampiran serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan. 

Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Sept ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading