Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WISMA PUTRA BELUM TERIMA PERMOHONAN PENCALONAN NICK ADAMS – MOHAMAD

DALAM NEGARA

WISMA PUTRA BELUM TERIMA PERMOHONAN PENCALONAN NICK ADAMS – MOHAMAD

Kementerian Luar masih belum menerima sebarang permohonan daripada Amerika Syarikat (AS) berhubung pencalonan pengulas dan penulis konservatif, Nick Adams sebagai Duta Besar AS yang baharu ke Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar masih belum menerima sebarang permohonan daripada Amerika Syarikat (AS) berhubung pencalonan pengulas dan penulis konservatif, Nick Adams sebagai Duta Besar AS yang baharu ke Malaysia.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebarang makluman berhubung perkara itu akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk diberikan pandangan dan pertimbangan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Mengenai Nick Adams, kita belum terima perjanjian daripada AS. Kita biar dulu, kita tengok macam mana. Sudah tentu Wisma Putra akan memberikan pandangan dan pertimbangan untuk dibawa ke Kabinet dan Kabinet akan memutuskannya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Mohamad menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung pencalonan Nick Adams sebagai Duta Besar AS di Malaysia.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Presiden AS Donald Trump mencalonkan Nick Adams, seorang pengulas politik konservatif kelahiran Australia yang kini warganegara AS, sebagai Duta Besar AS ke Malaysia.

Bagaimanapun Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata Kabinet masih belum menerima memorandum daripada Wisma Putra berhubung pelantikan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading