Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI SURAU, MASJID DI SELANGOR MASIH KEKAL

DALAM NEGARA

PEMAKAIAN PELITUP MUKA DI SURAU, MASJID DI SELANGOR MASIH KEKAL

Pihaknya sudah menyembah maklum beberapa syor berkenaan pemakaian pelitup muka di tempat ibadah tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA SELANGOR: Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau di Selangor masih kekal setakat ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya sudah menyembah maklum beberapa syor berkenaan pemakaian pelitup muka di tempat ibadah tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, beberapa cadangan itu meliputi prosedur operasi standard (SOP) atau langkah alternatif dengan mengambil kira keselamatan dan keselesaan semua pihak.

“JAIS mengambil maklum pengumuman terbaharu oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pemakaian pelitup muka,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Namun katanya sebarang perubahan SOP akan dimaklumkan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

Rabu lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta merta.

Bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau membuat pilihan sendiri.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading