Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT NURISH QHALISYA DITEMUKAN

DALAM NEGARA

MAYAT NURISH QHALISYA DITEMUKAN

KOTA TINGGI: Remaja perempuan berusia 13 tahun yang hilang ketika mandi bersama rakannya di pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar di sini, ditemukan lemas pada 2.37 petang tadi.

Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya menemui mayat mangsa lemas iaitu Nurish Qhalisya Suhailizam, 13, pada 2.37 petang, yang lemas ketika mandi di pantai Tanjung Balau hari ini. – Bernama

KOTA TINGGI: Remaja perempuan berusia 13 tahun yang hilang ketika mandi bersama rakannya di pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar di sini, ditemukan lemas pada 2.37 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt. Hussin Zamora berkata mayat Nurish Qhalisya Suhailizam ditemukan pasukan penyelamat pada jarak kira-kira 50 meter dari lokasi dilaporkan lemas.

“Mayat mangsa dipercayai tersangkut di celah batuan dan untuk makluman, lokasi kejadian ini terdapat kawasan berbatu.

“Mangsa telah dicamkan oleh ahli keluarga dan kini dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) bagi proses bedah siasat dan operasi mencari serta menyelamat sudah dihentikan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dan lima yang lain datang ke pantai berkenaan untuk beriadah dan mandi-manda di kawasan berhampiran.

Hussin berkata kesemua remaja yang terlibat dalam insiden tersebut telah mendapat keizinan daripada ahli keluarga dan ketika kejadian, cuaca mendung dan air tenang, namun dipercayai sedang mulai surut.

Beliau berkata dalam kejadian tersebut, Nurish Qhalisya disahkan lemas, manakala dua beradik, Mohd  Asyraf Syazwan Mohd Fairuz, 7, dan Nur Azrin Syazwani, 13, dilaporkan kritikal dan kini di bawah  pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HKT. 

Sementara itu, Siti Alesya Qistina Mustafa, Siti Nur Alysya Abdullah dan Nur Zurin Hafeeza Mohd Azhari masing-masing berusia 13 tahun dilaporkan selamat.

Hussin dalam masa sama menasihatkan orang ramai yang mengunjungi kawasan rekreasi khususnya kawasan pantai, supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan ahli keluarga agar musibah seperti ini tidak berulang. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading