KOTA TINGGI: Ibu kepada remaja perempuan yang lemas ketika mandi di pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar di sini pagi tadi, reda dengan pemergian anaknya walaupun tragedi itu berlaku pada tarikh hari lahirnya.
Ibu mangsa kepada Nurish Qhalisya Suhailizam iaitu Radiah Rahmad (dua, kiri) , 42, ditenteramkan oleh ahli keluarganya selepas mayat anaknya ditemui. — Bernama
KOTA TINGGI: Ibu kepada remaja perempuan yang lemas ketika mandi di pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar di sini pagi tadi, reda dengan pemergian anaknya walaupun tragedi itu berlaku pada tarikh hari lahirnya.
Radiah Rahmad, 42 berkata dia sedih dan tidak menyangka akan melalui pengalaman ‘pahit’ kehilangan Nurish Qhalisya Suhailizam, 13, yang merupakan anak ke enam daripada tujuh beradik, namun perlu menerima ketentuan Ilahi.
“Ini hari jadi saya yang saya akan ingat sampai mati. Saya sedih sangat, ingatkan saya yang mati dulu. Hari jadi saya hari ini, hari jadi dia pula 22 Sept nanti. Dia ada minta hadiah, tetapi dia kata kalau mak tak dapat bagi tak apa, nanti kawan-kawan dia boleh bagi.
“Saya reda dan terima ketentuan ini. Dia pergi pada hari Jumaat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Radiah berkata hubungan dia dengan Nurish Qhalisya sangat rapat apatah lagi setiap malam anaknya yang mempunyai sakit sawan itu tidur dengannya, malah sempat menggunting rambut anaknya itu semalam.
Menurutnya lagi dia telah memberi keizinan kepada anaknya untuk ke Tanjung Balau dan sempat berpesan supaya tidak mandi pantai kerana dia tidak pandai berenang.
“Saya sempat mengejutkan dia pukul 5 pagi tadi dan melihat dia kelam-kabut bersiap untuk keluar. Dia minta izin nak ke Tanjung Balau bersama kawan-kawan sebab bosan duduk di rumah. Saya pesan jangan mandi dan dia kata dia pergi nak bergambar sahaja, sebab itu saya izinkan,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Suhailizam Mohd Onir, 47, berkata dia mula berasa tidak sedap hati apabila Nurish Qhalisya tidak menjawab bila mahu pulang ketika menghantar anaknya itu ke rumah kawannya kira-kira pukul 7.30 pagi
“Saya tanya balik macam mana, pukul berapa. Dia cuma jawab ‘tak tahu lagi balik’. Masa dia cakap macam itu rasa tak sedap hati, baharu nak rehat kat rumah, isteri dapat berita macam ini,” katanya.
Dalam kejadian pagi tadi, sekumpulan enam rakan ke pantai berkenaan untuk beriadah dan mandi-manda di kawasan berhampiran.
Nurish Qhalisya disahkan lemas, manakala dua beradik, Mohd Asyraf Syazwan Mohd Fairuz, 7, dan Nur Azrin Syazwani, 13, dilaporkan kritikal dan kini di bawah pemantauan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kota Tinggi.
Sementara itu, Siti Alesya Qistina Mustafa, Siti Nur Alysya Abdullah dan Nur Zurin Hafeeza Mohd Azhari masing-masing berusia 13 tahun dilaporkan selamat. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.