KUALA LUMPUR: Suasana dan budaya perkampungan Melayu seperti dinikmati pada era 70-an dan 80-an bakal dihidupkan semula di Kampung Baru di sini menerusi pusat kebudayaan yang bakal dibina menerusi pelan pembangunan semula kampung berusia lebih 100 tahun itu.
Prinsipal Veritas Design Group, syarikat perunding pembangunan semula itu, Azril Amir Jaafar berkata projek dinamakan ‘Malay Arts Performance and Culture Centre’ (Pusat Kesenian, Persembahan dan Kebudayaan Melayu) itu bukan sahaja inisiatif bagi mengekalkan identiti, ciri keMelayuan serta keIslaman Kampung Baru malah dilihat berupaya menjadi daya tarikan pelancong dan platform dalam memperkenalkan keunikan budaya Melayu.
Beliau berkata pusat kebudayaan dan kesenian itu akan menjadi ruangan awam terbuka seperti sebuah taman yang menyediakan pelbagai aktiviti luar dan dirancang dibina berdekatan dengan Pintasan Saloma yang baru dibuka kepada umum pada 5 Feb lepas.
“Pelbagai persembahan kebudayaan Melayu seperti kuda kepang, wayang kulit, filem Melayu, wayang pacak boleh dijalankan di pusat ini. Lokasi berdekatan dengan Pintasan Saloma yang menghubungkan Kampung Baru dan Jalan Ampang juga memudahkan orang ramai datang sekali gus ‘complement’ dengan KLCC,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual khas.
Pelan pembangunan semula Kampung Baru dibentangkan pada sesi townhall atau dialog pada 21 Sept tahun lepas, antara lain mencadangkan pembinaan ‘Malay Arts Performance and Culture Centre’ dan Taman Warisan bagi mengekalkan identiti Melayu Islam yang menjadi ‘signature’ atau ciri kampung berkeluasan kira-kira 90 hektar itu.
Isu pemilikan tanah merupakan kekangan utama bagi menjalankan pembangunan semula itu. Pada sesi townhall itu kerajaan menawarkan untuk membeli tanah perkampungan itu dengan kadar RM850 bagi setiap satu kaki persegi yang kemudiannya dinaikkan kepada RM1,000 bagi tujuan pembangunan semula.
Keputusan berhubung pembelian tanah bagi pembangunan semula Kampung Baru dijangka dapat diumumkan pada Jun ini.
Bagaimanapun, pembangunan semula Kampung Baru hanya akan dapat dijalankan selepas isu pemilikan tanah selesai.
Azril berkata pelan pembangunan itu juga akan mengekalkan mercu tanda Kampung Baru seperti Pasar Minggu, Jalan Raja Alang.
Ia akan disusun semula dengan bentuk yang lebih baik dan teratur, tanpa mengabaikan makanan tradisi Melayu ‘bubur lambuk’ yang sinonim dengan kawasan itu.
Menjelas lanjut, Azril berkata selain budaya dan gaya hidup, pembangunan semula itu juga akan menerapkan seni bina yang mempunyai elemen yang melambangkan warisan Melayu .
“Banyak elemen yang kita boleh pertimbangkan sebagai rujukan misalnya elemen songket dan elemen tengkolok. Tempoh pembangunan semula Kampung Baru ini merupakan projek jangka masa panjang yang dijangka mengambil masa 30 tahun dan dalam tempoh ini idea akan terus bercambah.
“Contoh projek telah siap yang kita boleh lihat adalah Pintasan Saloma yang berkonsep sirih junjung, tapi kita terjemahkan dengan cara dan material moden.
“Sirih junjung dipilih kerana ia merupakan komponen yang penting dalam upacara Melayu terutamanya dalam menghubungkan dua keluarga (perkahwinan), dalam isu (konteks) ini, kita menggunakan sirih junjung sebagai simbolik pintasan yang menghubungkan Kampung Baru dan kawasan berdekatan KLCC,” jelasnya. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.