Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORBAN KORONAVIRUS DI CHINA MELEBIHI 1,000 MANGSA

DUNIA

KORBAN KORONAVIRUS DI CHINA MELEBIHI 1,000 MANGSA

BEIJING: Angka korban wabak novel koronavirus di China kini mencecah 1,016 orang dengan jumlah kes yang disahkan meningkat kepada 42,638, demikian lapor agensi berita Sputnik.

“Menjelang tengah malam pada 10 Feb berdasarkan maklumat yang diterima dari 31 wilayah, kira-kira 42,638 kes disahkan, termasuklah 37,626 kes jangkitan (7,333 dalam keadaan kritikal), 3,996 dibenarkan keluar hospital dan 1,016 telah meninggal dunia,” kata Jawatankuasa Kesihatan Negara China hari ini.

Sehari sebelum itu, angka korban mencecah 908 orang dan jumlah kes disahkan 40,171. — Agensi/AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading