ISRAEL SERANG SASARAN HAMAS DI GAZA

GAZA CITY: Rejim zionis Israel semalam melancarkan serangan udara ke atas beberapa sasaran Hamas di Gaza.

Agensi berita Anadolu memetik sumber melaporkan sasaran milik sayap tentera Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam di Khan Younis dibedil peluru berpandu jet Israel.

Setakat ini, tiada pihak terkorban, demikian menurut penilaian awal sumber tempatan.

Tentera rejim mendakwa serangan udara itu dilakukan sebagai serangan balas roket yang dilancarkan dari Gaza ke Israel. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply