LEBIH 100 TENTERA REJIM DIBUNUH DALAM SERANG BALAS TURKI

SUMBER FOTO: AGENSI BERITA ANADOLU

ANKARA: Tentera Turki membunuh 101 tentera Syria sebagai reaksi balas kepada serangan tentera rejim Syria yang mengorbankan lima anggotanya dan mencederakan lima yang lain di wilayah Idlib, demikian menurut Kementerian Pertahanan Turki semalam.

Xinhuanet melaporkan, tentera Turki di Idlib bertindak balas sejurus serangan tentera kerajaan Syria, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

“Setakat ini 115 sasaran rejim (Syria) dikenal pasti di rantau ini dan 101 elemen rejim dineutralisasikan, demikian menurut maklumat sumber,” kata kementerian itu.

“Tiga kereta kebal dan dua kedudukan mortar dimusnahkan, manakala sebuah helikopter turut ditembak,” kata kenyataan itu.

Turki akan terus bertindak balas dalam rangka pertahanan yang sah terhadap sasaran dengan “tindakan tegas”, kata kementerian itu. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply