Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMERGIAN SALAHUDDIN SATU KEHILANGAN BESAR – PM ANWAR

DALAM NEGARA

PEMERGIAN SALAHUDDIN SATU KEHILANGAN BESAR – PM ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub adalah satu kehilangan besar.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub adalah satu kehilangan besar.

Katanya, Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang selain jasa dan budinya tidak termampu dibalas secara materi.

“Saya amat terkesan tatkala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan juga seorang sahabat yang setia Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah pergi dijemput Allah SWT hari ini.

“Beliau dikenali kerana punyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab. Berehatlah, sahabatku.

“Semoga Allah memberi kesabaran yang tinggi buat keluargamu, mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Terdahulu Salahuddin Ayub telah meninggal dunia pada 9.23 malam ini pada usia 61 tahun Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading