PENCERAMAH BEBAS DIDAKWA BUAT HANTARAN JELIK HINA AGONG
IPOH: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, menerusi aplikasi WhatsApp, November lepas.
Penceramah bebas Ab Malik Hussain, 62, (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong. – Bernama
IPOH: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, menerusi aplikasi WhatsApp, November lepas.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Ab Malik Hussain, 62, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dalam kumpulan WhatsApp “Soal Jawab Tasawuf-(Sufi)”.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira 8.20 malam dan 8.23 malam, 22 Nov lepas di Batu 10, Kampung Pulau Padang Bota Kiri, dalam daerah Perak Tengah, dan telah dibaca pada kira-kira 8.30 malam pada hari yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, didakwa di bawah Seksyen 223(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, Ab Malik berdepan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya untuk setiap pertuduhan dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Saiful Ahmad Mod Said menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun peguam Mohamad Khazali Yin dalam rayuannya memohon jaminan minimum RM3,000 bagi setiap pertuduhan memandangkan anak guamnya perlu menyara seorang isteri berusia 58 tahun yang tidak bekerja, serta dua anak masing-masing berusia 13 dan 10 tahun.
Mohamad Khazali juga memaklumkan tertuduh hanya mendapat RM200 untuk setiap ceramah dengan anggaran tawaran empat ke lima kali sebulan.
Hakim Azizah Ahmad kemudiannya menetapkan ikat jamin RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan 14 Ogos ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager