TRAGEDI KEPALA AIR: BOMBA JUMPA BEG, TANDA NAMA ‘FATIN’
KUALA TERENGGANU: Sebuah beg sandang jenama Gregory berisi wang dan dokumen penting dipercayai milik Karim Abdullah, 39, mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman ditemukan pasukan pencarian, semalam.
Foto fail SAR tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman. – Bernama
KUALA TERENGGANU: Sebuah beg sandang jenama Gregory berisi wang dan dokumen penting dipercayai milik Karim Abdullah, 39, mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman ditemukan pasukan pencarian, semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata turut ditemukan dalam beg sandang hitam itu ialah tanda nama “Fatin” dipercayai milik Putri Nor Fatin Karim, 14, iaitu satu-satunya mangsa yang masih hilang, selain wang tunai sebanyak RM1,279, kad perkahwinan, jam tangan, telefon bimbit dan seutas kalung.
Beliau berkata beg itu ditemukan di tebing pasir pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian pada 12 tengah hari semalam.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu beg duit di dalamnya jenama Michael Kors berwarna hitam yang mengandungi pelbagai dokumen peribadi dan barangan berharga milik mangsa, antaranya kad pengenalan dan MyKid (anak-anak) dan beberapa keping kad bank,” katanya dalam kenyataan.
Katanya barangan itu akan diserahkan kepada waris mangsa dalam masa terdekat.
Pada 1 Julai lepas, Karim dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta tujuh anak mereka dari Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pergi berkelah ke jeram berkenaan yang turut disertai Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor.
Kesemua mereka dipercayai dihanyutkan arus deras kepala air dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan polis keesokkan harinya selepas penemuan mayat Azizah yang terapung dibawa arus sungai sejauh 24 km dari lokasi kejadian dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, dua km dari lokasi kejadian.
Setelah seminggu pencarian, sembilan mayat ditemukan dan telah selamat dikebumikan, namun Putri Nor Fatin masih belum dikesan hingga kini.
Operasi SAR diteruskan dengan skala lebih kecil dan secara pemantauan harian oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dan BBP Chukai serta agensi penyelamat yang lain. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager