Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG MAUT, LIMA CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN 10 MOTOSIKAL DI LEKAS

DALAM NEGARA

SEORANG MAUT, LIMA CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN 10 MOTOSIKAL DI LEKAS

Seorang remaja lelaki maut manakala lima lagi cedera parah dan empat cedera ringan dalam kemalangan 10 buah motosikal di kilometer (KM) 26.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) malam tadi.

NILAI: Seorang remaja lelaki maut manakala lima lagi cedera parah dan empat cedera ringan dalam kemalangan 10 buah motosikal di kilometer (KM) 26.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa semua penunggang terlibat bergerak dari arah Nilai menuju ke Seremban.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, salah sebuah motosikal dipercayai telah gagal dikawal sebelum terbabas dan berlanggar sesama sendiri.

“Seorang penunggang berusia 19 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima penunggang cedera parah dan empat penunggang lain mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang maut turut dihantar ke hospital sama bagi proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya dengan menghubungi Pengawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Zarina Ariffin di talian 013-8238336,” katanya.

Sebelum ini tular rakaman video di media sosial memaparkan sekumpulan remaja menunggang motosikal dengan aksi berbahaya yang dipercayai berlaku di lebuh raya tersebut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading