Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENCERAMAH BEBAS DIREMAN 5 HARI

DALAM NEGARA

PENCERAMAH BEBAS DIREMAN 5 HARI

IPOH: Seorang penceramah bebas direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di negeri ini.

Gambar: Bernama

IPOH: Seorang penceramah bebas direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di negeri ini.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu yang memakai kemeja-T tiba dengan tangan bergari dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada kira-kira 1 tengah hari.

Tempoh reman bermula hari ini sehingga Isnin dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.

Polis Perak sebelum ini mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes rogol remaja perempuan dipercayai membabitkan seorang penceramah bebas popular, yang ditahan di Selangor pada 18 Julai lepas melibatkan mangsa sama dan siasatan sedang dijalankan berhubung laporan itu.

Penceramah bebas itu dilaporkan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabtu lepas, suspek diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur bagi siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di negeri itu selepas tempoh reman selama lima hari di Selangor tamat.

Difahamkan, polis Perak menahan suspek di Kuala Lumpur semalam bagi membantu siasatan kes rogol yang dipercayai berlaku di Ipoh pada Januari lepas.

Berdasarkan siasatan awal, perkenalan di antara suspek dan remaja bawah umur itu dipercayai bermula apabila mangsa menghubungi lelaki terbabit di media sosial bagi bertanyakan masalah agama sebelum hubungan terjalin sejak Mei tahun lepas. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. idris bin mehad

    28 July 2022 at 3:46 PM

    Siapa nama dia? Rahsia ke!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading